Franklin Delano Roosevelt (
30 Januari 1882 –
12 April 1945) ialah
Presiden Amerika Syarikat ke-32 yang berkhidmat antara tahun
1933 hingga tahun
1945, dipilih sebanyak empat kali. Beliau merupakan Presiden yang tunggal untuk berkhidmat melebihi dua tempoh. Seorang tokoh utama dalam
abad ke-20, beliau telah ditempatkan sebagai salah satu daripada tiga Presiden Amerika Syarikat yang terutama oleh tinjauan-tinjauan kesarjanaan.Semasa
Zaman Meleset pada dekad
1930-an, Roosevelt mewujudkan Tawaran Baru untuk memberi bantuan kepada penganggur-penganggur, serta untuk memulihkan
ekonomi, dan membaharui sistem ekonomi. Warisan-warisannya yang paling terkenal termasuk sistem Keselamatan Sosial dan pengawalan Wall Street. Penggunaan kerajaan persekutuan yang aktif secara agresif memberi tenaga semula kepada
Parti Demokratnya. Gabungan Tawaran Baru yang ditubuhnya menguasai politik Amerika sehingga dekad
1960-an. Bersama dengan isterinya,
Eleanor, Roosevelt masih merupakan batu uji untuk
liberalisme Amerika. Pihak-pihak konservatif melawan balik, tetapi Roosevelt dapat mengatasi mereka dengan tekal sehingga
1937, ketika beliau mencuba meluluskan rang undang-undang untuk memberi kuasa kepada Presiden Amerika Syarikat untuk melantik seorang Hakim
Mahkamah Agung tambahan bagi setiap hakim melebihi 70 tahun dan 6 bulan yang mengadili perbicaraan. Cadangan itu merupakan gerak balas terhadap Mahkamah Agung yang telah menterbalikkan banyak daripada langkah-langkah Tawaran Baru. Gabungan Konservatif yang baru kemudian berjaya mengakhiri pengembangan Tawaran Baru, dan menamatkan banyak rancangan seperti WPA ketika
perang bermula.Selepas tahun
1938, Roosevelt memimpin negaranya daripada faham pemencilan ketika dunia menuju ke arah
Perang Dunia II. Beliau memberi banyak sokongan kepada
Winston Churchill dan usaha perang
British sebelum serangan Pelabuhan Pearl menolak Amerika Syarikat ke dalam pertempuran. Semasa peperangan, Roosevelt yang bekerja dengan rapat dengan pembantunya, Harry Hopkins, membekalkan pimpinan yang tegas terhadap
Jerman Nazi dan menjadikan Amerika Syarikat sebagai pembekal senjata utama dan pembiaya kepada
Pihak Berikat yang menewaskan
Jerman,
Itali, dan
Jepun. Roosevelt menurunkan 16 juta orang
askar ketika Amerika Syarikat menjadi Gudang Senjata Demokrasi. Di dalam negara, tempoh Roosevelt memperlihatkan keakhiran
pengangguran, pengembalian kemakmuran, cukai-
cukai dan kawalan-kawalan baru yang penting, 120,000 orang Jepun dan Amerika-Jepun dihantar ke kem-kem penempatan semula, serta peluang-peluang baru yang dibuka kepada orang-orang Amerika
Afrika dan wanita-
wanita. Ketika Pihak Berikat hampir mencapai kemenangan, Roosevelt memainkan peranan yang penting untuk membentuk dunia selepas perang, khususnya melalui Persidangan Yalta, dan penubuhan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Roosevelt meninggal dunia pada hari sebelum kemenangan dalam Perang Dunia II dan diwarisi oleh Naib Presiden
Harry S. Truman. Pentadbiran Roosevelt mentakrifkan semula istilah
liberalisme untuk generasi-generasi yang berikut dan menjajarkan semula
Parti Demokrat, berdasarkan gabungan Tawaran Barunya, pada buruh,
etnik minoriti, Selatan, jentera-jentera
bandar raya, serta orang-orang miskin.